Thursday, September 11, 2008

Ucapan Ketua Projek

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih kami, Nur Farhana bt Mulyono, kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai projek komuniti yang kami jalankan ini. Terus terang saya katakan, jurulatih kami banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami.
Sebelum ini banyak perkara yang kami tidak tahu seperti bagaimana mengenal komuniti. Tetapi setelah kami didedahkan dengan modul yang diajarkan oleh jurulatih kami, kami sedar betapa pentingnya hidup bekerjasama dan bermasyarakat.
Selain itu juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjalankan projek ini. Tanpa mereka juga, projek ini tidak akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, September 9, 2008

Jawatan Kuasa Projek

Pelaksanaan Projek

Kronologi Projek

4.00 ptg : Berkumpul di kedai.kom
4.30 ptg : Ke masjid untuk gotong -royong memasak
5.30 ptg : Selesai memasak
6.45 ptg : Menghidang juadah berbuka puasa
7.25 mlm : Majlis berbuka puasa
7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah
8.15 mlm : Mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk
8.30 mlm : Solat Isya' dan Solat Tarawih secara berjemaah
9.45 mlm : Minum malam
10.15 mlm: Bersurai

Menu-menu untuk berbuka puasa
  • Nasi
  • Bubur Lambuk
  • Daging masa dendeng
  • Sambal goreng
  • Udang masak tempoyak
  • Tumis kangkung

Sunday, September 7, 2008

Perjalanan Projek

Perjalanan Projek
2 September 2008

Merancang Projek
Projek yang dipersetujui ialah gotong-royong dan majlis berbuka puasa di masjid.

Membentuk ahli jawatan kuasa

Ahli Jawatankuasa Projek
Ketua Projek:Nurain Syasyabilla
Merancang dan mengkaji agar projek
berjalan dengan lancar mengikut checklist
Setiausaha : Shafirah Nurliana
Memastikan semua proposal dan aktiviti
surat-menyurat berjalan mengikut perancangan
Bendahari : Atiyah
Memeriksa perbelanjaan projek.
Ajk : Nur Syaheeda
- Memasukkan maklumat dalam blog
- Membantu melaksanakan projek
Ajk : Manisah
- Memasukkan maklumat dalam blog
- Membantu melaksanakan projek
Persediaan projek
  1. Menyediakan checklist
  2. Penyediaan proposal
  3. Membuat surat

Friday, September 5, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Perancangan Projek Komuniti

Merancang Projek Komuniti:

Program Gotong-royong dan Majlis berbuka Puasa di Masjid

Latar Belakang Projek
Projek atau program gotong-royong dan majlis berbuka puasa ini dijalankan sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Program ini melibatkan ahli jawatan kuasa masjid dan juga penduduk setempat yang berlainan generasi dari golongan veteran sehinggalah golongan kanak-kanak.
Program ini dijalankan untuk mengeratkan tali sillaturrahim sesama insan selain dapat menambah amalan sempena bulan yang mulia ini. Selain itu, semangat bersatu padu dan juga semangat bekerjasama akan dapat dipupuk melalui program-program seperti ini.
Selain dapt mengeratkan hubungan sesama manusia, program seperti ini pada dasarnya menggambarkan sebuah kelompok masyarakat atau komuniti yang teguh, bertanggungjawab dan penyayang. Sikap ini harus dipupuk seawal usia kanak-kanak lagi. Seperti kata pepatah ' melentur buluh biar dari rebungnya '.
Objektif
  • Mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim antara masyarakat dalam pelbagi generasi
  • Mewujudkan semangat bersatu padu dan tanggungjawab dikalangan msyarakat dalam sesebuah komuniti
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dan penyayang seawal peringkat kanak-kanak
Golongan Sasaran
  • JKKK
  • Golongan Belia
  • Kaum ibu
  • Kanak-kanak

Ahli Jawatan Kuasa Induk / Penyelaras

Penaung : En.Mohd Nor Bin Abdul Rashid

(Penghulu Mukin Labu Kubung)

Penasihat : En. Mohd. Fadzli Bin Hj. Ahmad

(Pengusaha kedai.kom)

Jurulatih : Nur Farhana Bt Mulyono

Ketua Projek : Nurain Syasyabilla Bt Abd. Latif

Setiausaha : Shafirah Nurliana Bt Othman

Bendahari : Atiyah Bt Mohd. Mokhtar

Ajk : Nursyaheeda Bt Kamaruzzaman

Manisah Bt Mohd. Nor Khadisi

Tarikh Program

Tarikh : 9 September 2008 (Selasa)

Masa : 5.00 ptg hingga 10.30 mlm

Tempat : Masjid Al-Ansar , Chenderong Balai

Aturcara Program

5.30 - 6.30 ptg :- Menyediakan hidangan untuk berbuka puasa

-Gotong-royong membersihkan kawasan masjid

7.00 malam : Menghidangkan juadah berbuka puasa

7.25 malam : Majlis berbuka puasa

7.45 malam : Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : Gotong- royong mengemas dan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan

8.40 malam : Solat Isya' dan solat tarawih berjemaah

10.00 malam : Minum malam(selepas solat tarawih)

10.30 malam : Bersurai

Anggaran Perbelanjaan (Bajet)

  1. Makanan untuk berbuka puasa - RM 400.00
  2. Jamuan minum malam(selepas solat tarawih) - RM 200.00

Jumlah Perbelanjaan Kasar : RM 700.00

Penutup

Projek Komuniti adalah satu projek menerapkan nilai-nilai murni di dalam masyarakat. Program seperti ini seharusnya mendapat perhatian dari semua pihak pada masa yang akan datang. Selain itu, kami berbesar hati kerana dapat menjalankan program yang berbentuk kemasyarakatan seperti ini.

Justeru itu kami amat berharap pihak dapat kerjasama di masa yang akan datang untuk membangunkan komuniti setempat. Kami juga berharap nilai-nilai kemasyarakatan yang sememangnya perlu ada di dalam diri seseorang individu dalam usaha membangunkan sesebuah komuniti.



Thursday, August 28, 2008

Pendahuluan

Projek komuniti adalah satu aktiviti yang disertai oleh individu atau kumpulan yang tidak bermotifkan keuntungan. Kegiatan atau aktiviti ini biasaannya melibatkan sekumpulan masyarakat atau komuniti setempat yang memerlukan bantuan atau khidmat serta peluang untuk dinikmati bersama .

Projek komuniti selalunya dijalankan atas dasar kesedaran, tanggungjawab individu atau kumpulan tersebut terhadap keperluan yang patut dinikmati oleh masyarakat setempat. Masyarakat biasanya dipinggirkan akibat daripada masalah sosial seperti kemiskinan, tiada kepentingan, tekanan kehidupan dan atas sebab politik.
Sewajarnya, masyarakat hari ini perlu didedahkan dengan dunia luar. Dengan adanya bantuan atau khidmat serta peluang, masyarakat akan mampu berdaya saing seiring pembangunan ekonomi dan teknologi negara. Oleh itu, projek komuniti ini akan dapat membuka minda masyarakat terhadap kepentingan teknologi maklumat dan perkembangan teknilogi itu sendiri.